DIET PERMAKANAN UNTUK DARAH JENIS ”B”?

SIHAT,MAKAN,KHASIAT

Dunia perubatan sekali lagi dikejutkan dengan satu kaedah pencegahan penyakit berdasarkan pemilihan makanan yang betul.Pemilihan makan berdasarkan jenis-jenis darah manusia adalah hasil penemuan Dr Peter J. D’Adamo (1996)AS.

Beliau menyatakan orang macam saya (darah B) sangat sesuai dengan produk susu dan hasil olahan susu.,tidak dianjurkan makan daging ayam tetapi dicadangkan mengambil dari kambing yang kurang lemak,daging lembu dan ikan.

Juga dicadangkan agar mendapatkan istirahat dan olahraga yang cukup.Stres diatasi dengan mengambil buah seperti pisang,tembikai/semangka-ind dan papaya.

Diet D’Adamo ini tidak mendapat sokongan dari para pakar-pakar pemakanan kerana katanya tidak memenuhi gizi pemakan yang sempurna.Isu ini turut dibahaskan oleh para doktor di Malaysia dan dimuatkan didada akhbar.

Siapapun yang memberi pendapat , saya ingin menyatakan bahawa diet yang terbaik adalah seperti dietnya Rasullulah saw .Ini terbukti kerana Rasullulah saw tidak pernah diare/cirit/mencret dalam kehidupanya mengalahkan pakar-pakar pemakanan yang selalu diare.Kedua,kekuatan tubuh badan Rasulullah saw dapat dilihat dari keupayaanya menjadi pemimpin umat tanpa lelah.Pemimpin kepada negara,pemimpin kepada keluarga,pemimpin dalam peperangan,pemimpin dalam pendidikan,pemimpin dalam solat ,pemimpin dalam ekonomi dan semua bidang kehidupan.Menjadi contuh nombor satu yang tidak ada tolok bandingan sampai hari ini.

Itu tidak lagi kita lihat ibadat baginda di malam hari,berdiri solat sahaja berjam-jam lamanya menghabiskan surah-surah Al-quran yang panjang. Jika kita kaji rahsia kekuatan tubuh badan Rasullah saw nanti kita akan temui jawapan bagi sebuah perbincangan “diet harian cara Nabi”

Kenapa Rasullulah saw melarang pengambilan ikan dengan susu? Apa pula yang tersembunyi dibalik puasa wajib dan puasa sunat? kenapa perlu berbekam? apakah zat pemakanan di dalam kurma ajwah?bagaimana dengan habatul saudak,kenapa Rasulullah mengambil madu?

Diet permakanan Rasulullah saw bukanya sebuah tiori diet sehari-hari tetapi ianya bersumberkan dari wahyu ilahi yang mengandungi haq,ma’ruf dan khair.

TIROID-ANTARA BAHAYA DAN PENAWAR

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. , penyakit tiroid, tiroid, hypertiroid, hipotiroid, thyroid, ubat tiroid, masalah tiroid, khasiat minyak kelapa dara, minyak kelapa dara, virgin coconut oil, rawatan, penyakit, ubat

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.
Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Kelenjar tiroid
Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).
Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.
Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.
Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.
Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.
Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.
Penyakit kencing manis juga boleh menganggu pengeluaran hormon tiroid.

Diagnosis penyakit tiroid
Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.
Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.

Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.

Penyakit hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.
Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.
Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.

Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).

Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.
Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.

Dos ubat juga mungkin diubah secara berkala dan ujian darah mungkin dilakukan.

Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar umur 20 hingga 40 tahun.Penyakit Grave adalah penyebab utama peningkatan aktiviti kelenjar ini. Biasanya mata mereka yang menghidapi penyakit ini akan kelihatan seperti mata ikan emas!Selain itu, ubat yang diambil untuk penyakit hipotiroid juga mungkin menyebabkan hipertiroid, jadi pengawasan doktor amatlah penting.Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutamanya apabila anda mengalami masalah kesihatan lain yang akut. Ribut tiroid ini menyebabkan anda mendapat demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.Rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid. Ubat untuk mengurangkan degupan jantung juga mungkin perlu diberikan.Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, mungkin rawatan menggunakan iodin beradioaktif diberikan dengan niat untuk memusnahkan sebahagian kelenjar tiroid anda. Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.Sekiranya anda mendapati adanya bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ianya kanser ataupun masalah nodular biasa.
Pemeriksaan ultrasound dan juga biopsi ataupun aspirasi menggunakan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan anda semasa lawatan kesihatan susulan.

Penyakit tiroid semasa mengandung
Penyakit tiroid memberikan risiko pada anda dan juga kandungan. Sebab itulah pentingnya anda menjalani pemeriksaan kesihatan semasa lawatan pertama ke klinik ibu mengandung.

Dengan rawatan, anda boleh mengandung secara normal dan selamat. Rawatan anda juga mungkin diubah dos ubatnya secara berkala di samping ujian darah dan juga ujian-ujian lain yang difikirkan perlu.

Rawatan iodin beradioaktif tidak akan diberikan pada pesakit-pesakit semasa mengandung. Ada juga sesetengah ibu mengalami masalah tiroid selepas bersalin.

Ini dipanggil sebagai postpartum tiroiditis. Lazimnya paras hormon tiroid ibu terbabit kembali ke paras normal dengan pantas. Namun, ada segelintir daripada ibu terbabit yang mungkin akan mengalami hipotiroidisma pada masa hadapan.
Perlu ditegaskan di sini bahawa ujian pengesanan ataupun ujian darah hormon-hormon tiroid bukan merupakan pemeriksaan rutin semasa pemeriksaan antenatal.

Rawatan Tiroid dengan Minyak Kelapa Dara BioVCO  Read the rest of this entry

BAHAYA GOUT

GOUT,BAHAYA,RAWATANPengenalan

Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari
Gout mempunyai empat peringkat yang nyata:
  1. asimptomatik
  2. akut
  3. interkritikal
  4. kronik.
Dalam peringkat pertama (asimptomatik), aras asid urik plasma bertambah, tetapi tanpa sebarang gejala. Serangan gout pertama menandakan peringkat kedua (akut). Serangan-serangan yang tidak teruk biasanya hilang dengan cepat, manakala serangan-serangan yang teruk berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu. Selepas serangan pertama, pesakit itu masuk peringkat interkritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini mungkin berlangsung selama beberapa bulan atau juga tahun. Kebanyakan pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan hingga dua tahun dari serangan pertama.
Pada peringkat terakhir (kronik), serangan-serang gout menjadi lebih kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga boleh didapati di dalam banyak sendi. Dalam kes-kes gout kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjalhipertensi, dan karang ginjal boleh juga terjadi.

BIOVCO

kehebatan kelapa dara

kelapa dara

DIBUKTI BERKESAN OLEH RAMAI SAINTIS DI DUNIA KERANA KEASLIAN NUTRISINYA

· Tidak mengandungi kolestrol
· Berupaya mengurangkan berat badan.
· Bersifat antivirus, antibakteria dan antifungus.
· Antioksida meningkatkan system imunisasi.
· Pemangkin metabolisma tubuh.
· Kandungan moholorinya menyamai kekuatan susu ibu.
· Amat berkesan untuk rawatan rambut.

BOLEH DIMAKAN BEGITU SAHAJA 
2 HINGGA 4 SUDU BESAR SEHARI

· Menggalakkan kadar metabolisma yang tinggi secara semulajadi.
· Dikilangkan melalui proses bioteknologi dengan menggunakan kelapa matang yang bermutu tinggi. Kandungan minyak kelapa dara dipelihara.

TANPA BAHAN AWET
TANPA PERASA TIRUAN

FAKTA NUTRISI

MINYAK KELAPA DARA –100%
KOLESTROL -0%
KARBOHIDRAT – 0%
GULA – 0%
PROTEIN – 0%